Intake 13, ROTU UPM : Utama
 
 
Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera


Selamat Datang. Anda sedang berada di Laman Web Ex-Intake 13, ROTU UPM.


Ex-Intake 13 merupakan sebuah komuniti web bekas-bekas Pegawai Muda PALAPES, Universiti Putra Malaysia (UPM). Mereka semua adalah bekas pelajar UPM yang mengikuti pelbagai bidang pengajian sama ada program Diploma atau Ijazah Pertama. Dalam masa yang sama mereka telah menyertai PALAPES sebagai aktiviti ko-kurikulum yang diiktiraf oleh universiti. Mereka dahulunya bersatu di dalam satu  pasukan, PALAPES UPM dan tinggal di dalam satu kolej kediaman, Kolej Kediaman Ketujuh (KK7), sekarang dikenali sebagai Kolej Sultan Aleidin Sulaiman Shah (KOSASS). Situasi itu telah berlalu sejak tahun 1994.
 
Intake 13 : Mengabdikan Kenangan Yang Terindah Bersama PALAPES UPM
PAUTAN TERPILIH

INTAKE 13 YAHOOGROUPS


UPM



MY GOVERMENT



KEMENTAH



JAKIM



AL-ISLAM



TOURISM MALAYSIA



TRANUNG KITE



UMNO ONLINE



PARTI PAS



PARTI KEADILAN



UTUSAN MALAYSIA
Pautan :  utama | info | members |galeri | hubungi                                                                                                                                Hakcipta Terpelihara Ó2008 Intake 13 ROTU UPM
Kini, mereka semua telah membawa haluan sendiri untuk mengharungi kehidupan berkerjaya & berkeluarga mengikut citarasa masing-masing. Tanggal 18 Disember 2007 telah menjadi satu titik permulaan untuk menyatukan kembali mereka semua. Maka wujudlah Komuniti ex-Intake 13 Yahoo Groups dalam usaha untuk menghimpun kembali bekas-bekas Pegawai Muda PALAPES UPM Pengambilan Ke 13.

Tujuan diwujudkan Komuniti Ex-Intake 13 adalah :

1. Mengumpul seramai mungkin Ex-Intake 13 ROTU UPM
2. Berkongsi pengalaman & pengetahuan mengenai bidang kepakaran masing-masing untuk manfaat bersama
3. Merencana Program Perjumpaan Semula dan akan menjadi acara tahunan Komuniti Ex-Intake 13


Untuk merealisasikan objektif utama mewujudkan komuniti Ex-Intake 13, kami memerlukan komitmen dan bantuan daripada semua pihak, sama ada ahli-ahli komuniti sendiri atau sesiapa sahaja yang mengenali Ex-Intake 13 untuk tampil memberi maklumat tentang lokasi dan contact numbers atau maklumat yang berkaitan sehinggalah mereka dapat dikesan oleh pihak komuniti. Sumbangan dan kerjasama anda untuk menjayakan aktiviti komuniti Ex-Intake 13 sangat-sangat dihargai dan di dahului ucapan terima kasih.

Sila ke link berikutnya untuk berkongsi maklumat dengan komuniti Ex-Intake 13.

Wassalam