Intake 13, ROTU UPM : Info PALAPES
 
 
Intake 13 : Mengabdikan Kenangan Yang Terindah Bersama PALAPES UPM
PAUTAN TERPILIH

 
 
Informasi Tentang PALAPES


APA ITU PALAPES?

PALAPES ialah singkatan kepada Pasukan Latihan Pegawai Simpanan atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai "Reserve Officers Training Unit (ROTU)".

PALAPES ditubuhkan sebagai pusat melatih pegawai dari kalangan pelajar. Penubuhannya adalah merupakan salah satu progam Negara melalui Kementerian Pertahanan yang berperanan untuk melatih bakal-bakal pegawai dari Institusi Pengajian Tinggi tentang aspek ilmu ketenteraan. Program latihan akan melayakkkan pelajar IPT ditauliahkan sebagai seorang pegawai bertauliah oleh Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong dan layak untuk memilih plantun Pasukan Simpanan Tentera Darat (Wataniah) dan Tentera Darat.

PALAPES juga adalah sebagai perintis jalan untuk mewujudkan satu barisan pegawai simpanan yang sentiasa bersedia untuk digemblengkan bagi menyahut seruan Negara apabila diperlukan. Ia juga merupakan program usahasama di antara tentera dengan IPT bagi menguatkan benteng pertahananan dan ketahanan negara dari segala ancaman.
Penubuhan PALAPES Tentera Darat

Pasukan Latihan Pegawai Simpanan ditubuhkan sebagai pusat melatih pegawai dari kalangan mahasiswa. Ianya merupakan cawangan pusat latihan pegawai Rejimen Askar Wataniah; dibawah perintah Markas Latihan Tentera Darat. Penubuhannya adalah merupakan salah satu program negara melalui Kementerian Pertahanan yang berperanan untuk melatih bakal-bakal pegawai dari Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) tentang aspek ilmu ketenteraan. Program latihan akan melayakkan mahasiswa-mahasiswi IPTA ditauliahkan sebagai seorang pegawai bertauliah oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan layak untuk memimpin Pasukan dalam Tentera Darat, Angkatan Tentera Malaysia (ATM). PALAPES juga adalah sebagai perintis untuk mewujudkan satu barisan pegawai simpanan yang sentiasa bersedia untuk digembelengkan bagi menyahut seruan negara apabila diperlukan. Ia juga merupakan program usahasama di antara tentera dengan IPTA bagi menguatkan benteng pertahanan dan ketahanan negara dari segala ancaman. PALAPES ditubuhkan di 12 IPTA sebagai pusat pengeluaran pegawai dari kalangan mahasiswa dan mahasiswi. Pada mulanya, sebelum PALAPES diwujudkan, institusi pengajian tinggi telah memulakan batalion Askar Wataniah di kampus masing-masing. Disebabkan oleh masa cuti yang tidak sesuai, kebanyakan mahasiswa dan mahasiswi tidak mampu untuk mengikuti kursus-kursus bagi membolehkan mereka menjadi pegawai. Atas kesedaran itu, PALAPES telah ditubuhkan untuk melahirkan pegawai-pegawai lepasan institusi pengajian tinggi bagi menerajui Rejimen Askar Wataniah. 

Sejarah awal PALAPES Tentera Darat, selaku sejarah PALAPES di IPTA pada amnya, bermula pada 3 April 1965 dengan penubuhan Batalion Pertama Infantri Askar Wataniah Cawangan Universiti Malaya. Pada awalnya penubuhannya, seramai 30 orang pelajar dari pelbagai fakulti telah menjalani kursus Asas Rekrut di Kem Latihan Seputih, Batu Gajah, Perak, sewaktu cuti semester. Tragedi 13 Mei 1969 menyaksikan Kompeni ini berkembang ke IPTA lain dengan penubuhan Kompeni A di ITM, Kompeni B di UPM dan Kompeni C di UKM dengan UM menjadi markas Batalionnya. Berikutan dengan semangat juang yang tinggi dikalangan pelajar-pelajar IPTA ini, Brigadier General Dato' Abdul As Ismail selaku Pengarah Askar Wataniah ketika itu telah mengambil inisiatif berbincang dengan Naib-naib Canselor Universiti dan pengarah ITM ketika itu untuk menubuhkan Reserve Officer Training Unit (ROTU). Pada 18 Disember 1978, Jawatankuasa Turus Angkatan Tentera telah meluluskan penubuhan ROTU atau Reserve Officer Training Unit dengan objektif untuk melahirkan Pegawai-pegawai sukarela dari kalangan pensyarah, kakitangan dan pelajar di IPTA.  Pada 26 Februari 1979, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Turus Tentera darat dan dihadiri oleh Naib-naib Canselor Universiti dan Pengarah ITM telah diadakan untuk menubuhkan ROTU di IPTA masing-masing.  Batalion Infantri Askar Wataniah UM dibubarkan dan dengan secara rasminya bermula dengan UPM pada 2 Februari 1980, UM dan UKM pada 7 Februari 1980, ITM pada 8 Februari 1980, USM pada 17 Februari 1980, UUM pada 1 Mei 1984 dan UTM pada 11 April 1992. ROTU kemudiannya ditukar kepada nama PALAPES (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan) sehinggalah sekarang. Kini universiti-universiti baru seperti UMS, UNIMAS, KUITTHO, UPSI dan KUKUM turut menubuhkan unit mereka sendiri

SEJARAH PENUBUHAN PALAPES

Sejarah awal PALAPES bermula pada 3 April 1965 dengan penubuhan Batalion Pertama Infantri Askar Wataniah cawangan Universiti Malaya. Ianya telah dimulakan dikalangan staf dan pelajar Universiti Malaya berikutan dengan peristiwa konfrontasi dengan Indonesia pada tahun 1963. Di peringkat awal penubuhannya, seramai 30 orang pelajar dari pelbagai fakulti telah menjalani kursus Asas Rekrut di Kem Latihan Seputih, Batu Gajah, Perak, sewaktu cuti semester. Kebanyakan daripada mereka merupakan pelajar-pelajar yang sudah mempunyai asas-asas ketenteraan dan polis dengan sebahagian besarnya merupakan pelajar-pelajar lepasan Maktab Tentera Diraja. Tragedi 13 Mei 1969 menyaksikan Kompeni ini berkembang ke IPT lain dengan penubuhan Kompeni A di ITM, kompeni B di UPM dan Kompeni C di UKM dengan UM menjadi markas Batalionnya. Berikutan dengan semangat juang yang tinggi dikalangan pelajar-pelajar IPTA ini, Brigedier General Dato' Abdul As Ismail selaku Pengarah Askar Wataniah ketika itu telah mengambil inisiatif berbincang dengan Naib-naib Canselor Universiti dan pengarah ITM ketika itu untuk menubuhkan ROTU. Pada 18 Disember 1978, Jawatankuasa Turus Angkatan Tentera telah meluluskan penubuhan ROTU atau Reserve Officer Training Unit dengan objektif untuk melahirkan Pegawai-pegawai sukarela dari kalangan pensyarah, kakitangan dan pelajar di IPTA. Namun begitu, ROTU kurang mendapat sambutan dari kalangan pelajar-pelajar berikutan jadual kursus di Pusat Latihan Askar Wataniah (PLAW) tidak seiring dengan cuti semester. Selain daripada itu, mahasiswa juga tidak berpeluang untuk mengikuti kursus bakal pegawai kerana prosedur-prosedur yang perlu dilalui pada ketika itu. Pada 26 Februari 1979, satu mesyuarat telah diadakan yang dipengerusikan oleh Ketua Turus Tentera darat dan dihadiri oleh Naib-naib Canselor Universiti dan Pengarah ITM untuk menubuhkan ROTU di IPTA masing-masing. Kesemua IPTA di Lembah Kelang telah dicadangkan untuk menubuhkan ROTU dengan bantuan dari KEMENTAH. Pada 1 Julai 1979, UKM telah dipilih untuk menubuhkan ROTU percubaan dan kemudiannya diikuti oleh IPTA-IPTA lain seperti UM, UPM, USM dan ITM. Kesemua IPTA menubuhkan ROTU pada awal 1980 kecuali UTM. Latihan-latihan dijalankan di sekitar kampus dan di kem-kem tentera berhampiran. ROTU kini dikenali sebagai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES).

Dasar Penubuhan PALAPES

PALAPES merupakan singkatan bagi Pasukan Latihan Pegawai Simpanan. Program latihan yang diberi kepada mahasiswa-mahasiswi, selain daripada melengkapkan mereka sebagai pegawai simpanan ATM, juga membantu IPTA khasnya dan negara amnya dalam membentuk warganegara yang sempurna, berdisiplin dan mempunyai ciri-ciri ketahanan nasional. PALAPES melatih setiap pengambilan pegawai kadet dalam tempoh 3 tahun secara sambilan; latihan biasa diadakan pada setiap hujung minggu. Selain daripada itu diadakan juga latihan lanjutan dan latihan intensif yang diadakan setahun sekali selama 3 minggu sepenuh masa. Keseluruhan latihan PALAPES adalah digiatkan ke arah memperlengkapkan pegawai-pegawai kadet dengan ilmu ketenteraan yang cukup meyakinkan mereka apabila negara memerlukan mereka kelak. Keseluruhan disiplin tentera yang diamalkan bertujuan menjadikan mereka sebagai mahasiswa yang berdisiplin dan GAGAH SETIA. PALAPES adalah sebuah unit latihan dibawah perintah Markas Latihan Tentera Darat dan ditubuhkan untuk tujuan melatih pegawai-pegawai simpanan Tentera Darat (Rejimen Askar Wataniah) sahaja. Kini PALAPES Tentera Laut dan Tentera Udara telah ditubuhkan dan ianya mengikut corak PALAPES Tentera Darat dan adalah dibawah perintah Markas Latihan cawangan masing-masing.
Tujuan PALAPES ditubuhkan adalah untuk memberi kerjaya kepada mahasiswa yang telah lulus dari institusi berkenaan, sama ada bertugas sebagai pegawai jangka pendek dalam ATM ataupun di dalam Pasukan Simpanan. PALAPES juga bertindak sebagai perintis untuk mewujudkan satu barisan pegawai-pegawai yang mana tenaga mereka boleh mengembelengkan tenaga apabila negara memerlukan perkhidmatan mereka kelak. Dengan itu penubuhan PALAPES di semua IPTA adalah berasaskan kepada (Mesyuarat Lembaga Penasihat PALAPES 1/96, Dewan Senat UUM, 12 Jun 1996):
(a) Kesedaran dan kepercayaan bahawa IPTA dalam negara ini mempunyai potensi besar menyediakan sumber tenaga manusia yang berkelayakan akademik tinggi dan boleh memberi sumbangan besar terhadap keperluan pertahanan negara.
(b) Kepercayaan bahawa berasaskan kelulusan akademik yang sedia ada pada mereka, mahasiswa ini boleh dijadikan pegawai simpanan yang dinamik serta berdedikasi jika diberi bimbingan serta latihan ketenteraan yang sesuai.
Objektif PALAPES seperti yang dipersetujui ialah:
(a) melatih pelajar IPTA dalam ilmu ketenteraan bagi membina insan berdisiplin dan bersemangat waja
(b) menyediakan sumber tenaga pegawai lepasan IPTA untuk Angkatan Simpanan dan Angkatan Tetap
(c) menyiapkan warganegara yang terlatih dalam bidang ketenteraan bagi mengukuhkan pertahanan negara dan ketahanan nasional.
INTAKE 13 YAHOOGROUPS


UPM



MY GOVERMENT



KEMENTAH



JAKIM



AL-ISLAM



TOURISM MALAYSIA



TRANUNG KITE



UMNO ONLINE



PARTI PAS



PARTI KEADILAN



UTUSAN MALAYSIA
 
Pautan :  utama | info | members |galeri | hubungi                                                                                                                                Hakcipta Terpelihara Ó2008 Intake 13 ROTU UPM